Air Terjun Sungai Gabai Kampung_Sungai_Lui

Tercatat dalam peta pelancongan negeri Selangor. Letaknya lebih kurang 30 kilometer dari pusat bandar raya Kuala Lumpur. Airnya yang mengalir jernih, setinggi 7 tingkat sesuatu yang tidak dapat dilupakan sekiranya kita berada di sini. Kerajaan negeri telah memperuntukkan RM 100.000 bagi membaikpulih dan menaikkan taraf Air Terjun Sungai Gabai.

Asalnya air terjun Sungai Gabai ini adalah merupakan punca air bagi penduduk yang mengerjakan sawah padi di awal tahun 60an. Namun begitu di awal tahun 80an Sungai Lui telah dikunjungi oleh rombongan orang Inggeris lebih kurang 50 orang dan bermulalah air terjun Sungai Gabai ini mendapat tempat di hati mereka.

Dikelilingi kawasan perkebunan buah-buahan, ia lebih meriah lagi sekiranya tiba bulan Jun hingga Ogos. Ini kerana pada bulan-bulan ini musim buah-buahan sedang diraikan oleh penduduk kampung dan orang luar yang berkunjung ke sini. Siapa tidak kenal Durian Hulu Langat , di sinilah tempatnya. Sambil bersantai dengan keluarga, anda akan merasai kehidupan kampung yang sebenarnya.

Kunjungilah Air Terjun Sungai Gabai anda tidak akan menyesal, perjalanan jauh yang anda lalui berbaloi apabila disambut dengan deruan air terjun Sungai Gabai.